MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, JALAN TANJONG BUNGAH, PULAU PINANG.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan  menukar  aliran lalulintas dua hala ke sehala di jalan khidmat, Jalan Tanjong Bungah, Pulau Pinang bermula dari 24 Disember 2019 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

          BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

 

1.

 

 

 

Sebahagian jalan khidmat, Jalan Tanjong Bungah

 

 

Sehala

dari premis lot 4467 menuju ke premis lot 4129

 

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

2.         Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

3.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan.

4.         Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad)

            Emel: noormunirah@mbpp.gov.my

 

Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 13 Disember 2019