MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN JELUTONG, JALAN PERAK DAN JALAN LENGGONG, PULAU PINANG

 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Jalan Lenggong, Pulau Pinang bermula dari 25 November 2018  bermula jam 12.01 pagi (Hari Ahad) seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

            BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

1.

 

 

Sebahagian Jalan Jelutong di antara Jalan Lenggong dan Solok Perak

Sehala

Dari  Jalan Lenggong  hingga  Solok Perak

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

   2.

           

Sebahagian Jalan Perak di antara   Solok Perak dan Jalan Lenggong

Sehala

Dari Solok Perak hingga   Jalan Lenggong

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.

Jalan Lenggong

Sehala

Dari Jalan Perak ke Jalan Jelutong

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Solok Perak akan ditutup untuk semua jenis kenderaan kecuali kepada penduduk 'Aspen Residence' dan pengunjung pasaraya Sunshine di Solok Perak.

 

4.         Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi melancarkan aliran lalulintas berikutan kerja-kerja Menaiktaraf Sungai Jelutong oleh Jabatan Pengairan dan Saliran serta  meningkatkan keselamatan kawasan ini.

 

5.         Pemandu-pemandu  adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat. 

 

Sekian, terima kasih

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 22 November  2018

 

Muat turun peta jalan dibawah :

Cadangan Aliran Lalulintas.pdf