MENU

.

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG SISI DAN LORONG BELAKANG DI SEKELILING S.J.K (C) MOH GEE (PUSAT), LORONG PERAK PADA WAKTU TERTENTU

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis  akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala pada waktu tertentu di lorong sisi dan lorong belakang di sekeliling S.J.K (C) Moh Gee (Pusat), Lorong Perak, Pulau Pinang mulai 5 November 2020 (Hari Khamis) jam 12.00 tengah hari. Arah aliran lalulintas sehala  adalah seperti jadual berikut:-

BAHAGIAN JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

WAKTU PELAKSANAAN

 

Lorong sisi dan lorong belakang di sekeliling SJK (C) Moh Gee (pusat), Lorong Perak

 

 

Sehala mengikut arah aliran lawan jam dari Lorong Perak

 

 

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala pada waktu tertentu 6.30 pagi – 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari – 2.00 petang (waktu persekolahan sahaja).

 

Sesalinan pelan yang menunjukkan arah aliran lalulintas sehala yang dicadangkan adalah disertakan.

2.         Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut semasa waktu masuk dan keluar persekolahan.

3.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan.

Klik untuk maklumat lanjut.