MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN NANKING DAN LEBUH HERRIOT,  PULAU PINANG

                                                                                                                    

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke  sehala di  Jalan Nanking dan Lebuh Herriot, Pulau Pinang bermula dari 10 April 2023 (Hari Isnin) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

          BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

1.

 

 

Jalan Nanking

Sehala

Dari Jalan Gurdwara ke Lebuh McNair

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

2.

 

Lebuh Herriot

Sehala

Dari Lebuh McNair ke Jalan Gurdwara

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  MBPP di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 3.4.2023