MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT, LORONG BELAKANG DAN LORONG SISI, JALAN DATO' ISMAIL HASHIM,  PULAU PINANG (BERDEKATAN JALAN MERBAH)

                                                                                                                    

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke sehala di jalan khidmat, lorong belakang dan lorong sisi, Jalan Dato' Ismail Hashim, Pulau Pinang ( berdekatan Jalan Merbah) bermula dari 14 April 2023 (Hari Jumaat) jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

            BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

1.

 

 

Lorong belakang

Sehala

Dari Jalan Merbah menuju lorong sisi

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

2.

Lorong Sisi

Sehala

Dari lorong belakang ke jalan khidmat

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

3.

Jalan khidmat

Sehala

Dari lorong sisi menuju ke Jalan Merbah

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  MBPP di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 10.4.2023