MENU

SIARAN AKHBAR

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT, JALAN GOTTLIEB, PULAU PINANG.                                                                                                                  

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan  menukar  aliran lalulintas dua hala ke sehala di  jalan khidmat, Jalan Gottlieb, Pulau Pinang bermula dari 3 Ogos 2019 (Hari Sabtu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

BIL

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

CATITAN

1.

 

 

Jalan Khidmat, Jalan Gottlieb

Sehala

Dari jalan khidmat, Jalan Gottlieb di antara laluan masuk di Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga laluan keluar /masuk di Jalan Gottlieb dengan arah aliran dari Jalan Tunku Abdul Rahman ke Jalan Gottlieb

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan.

5.         Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad)

            Emel: noormunirah@mbpp.gov.my

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 31 Julai 2019