MENU

SIARAN AKHBAR

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI HALA SUNGAI PINANG  DAN JALAN KHIDMAT , JALAN JELUTONG, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke sehala di  Hala Sungai Pinang dan  Jalan Khidmat, Jalan Jelutong, Pulau Pinang bermula dari 30 JULAI 2017 jam 10.00 pagi (Hari Ahad) seperti pelan yang disertakan. Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:

BIL

JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN

1.

 

 

 

2.

Hala Sungai Pinang

 

 

 

Jalan Khidmat, Jalan Jelutong

Sehala

Dengan arah aliran lalulintas  sehala dari Jalan JKR menuju ke Jalan Jelutong

 

Sehala

Dengan arah aliran lalulintas sehala dari Hala Sungai Pinang menuju ke Jalan JKR

Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan/ maklumbalas bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592015 (Encik Zainuddin bin Mohamad Shariff)

Emel : zainuddin@mbpp.gov.my

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 25.7. 2017

pelan_penukaran_aliran_lalulintas_dua_hala_ke_sehala_di_hala_sungai_pinang_dan_jalan_khidmat_jalan_jelutong_pulau_pinang.pdf