MENU

 

KENYATAAN MEDIA

PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN BAGI SEPARUH TAHUN KEDUA 2022

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mula mengedarkan Bil Cukai Taksiran Separuh Tahun Kedua bagi tahun 2022.

 

  1. Pemilik premis akan menerima Bil Cukai Taksiran mulai minggu pertama (ke-1) Julai 2022. Semua pemilik harta wajib menjelaskan Cukai Taksiran masing-masing sebelum tarikh akhir bayaran iaitu pada 31 Ogos 2022.

 

  1. Menurut Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, bayaran Notis sebanyak RM5.00 akan dikenakan selepas 28/29 Februari dan 31 Ogos setiap tahun bagi pemilik yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran.

 

  1. Majlis ingin menyarankan agar pemilik premis mengambil langkah SEGERA untuk menjelaskan tunggakan sebelum HARTA MUDAH ALIH ANDA DISITA seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

  1. Untuk mencapai hasrat Majlis Bandaraya Pulau Pinang ke arah Inisiatif Bandar Pintar, MBPP telah menyediakan kod QR di bil cukai taksiran separuh tahun kedua 2022 seperti di bawah. E-bil akan dihantar bedasarkan pendaftaran yang dibuat melalui e-mel dan sms. Pemilik yang mendaftar untuk melanggan e-bil akan menerima rebat RM5.00 secara “one-off ”.

         

        6. Sila hubungi talian dibawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan berkenaan Cukai Taksiran :-

            04-2592178 / 04-2592342

            Unit Kadar, Bahagian Hasil,

            Jabatan Perbendaharaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Bertarikh :  13 Julai 2022