MENU

SIARAN AKHBAR

PENAMBAHBAIKAN ALIRAN LALULINTAS DI LEBUH VICTORIA, PULAU PINANG DAN KAWASAN SEKITARNYA

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan membuat penambahbaikan aliran lalulintas di  Lebuh Victoria, Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya bermula dari 2 November 2017 (Hari Khamis) jam 10.00 malam  seperti pelan yang disertakan.

2. Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:

 

BIL

JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN

1.

Gat Lebuh Armenian di antara Pengkalan Weld dan Lebuh Pantai

Sehala

Dari Pengkalan Weld ke Lebuh Pantai

2.

Gat Lebuh Acheh di antara Pengkalan Weld dan Lebuh Pantai

Sehala

Dari Lebuh Pantai ke Pengkalan Weld

3.

Gat Lebuh Melayu di antara Lebuh Victoria dan Pengkalan Weld

 

Dua Hala

 

 

3. Tujuan penambahbaikan ini  dicadangkan adalah bagi meningkatkan dan melincinkan  aliran lalulintas serta mengurangkan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 31 Oktober 2017