MENU

 

MBPP

SIDANG AKHBAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG PADA 16 JANUARI 2018

PENAMATAN PERKHIDMATAN ALAM INDAH SDN BHD SEBAGAI PENGURUS LETAK KERETA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Adalah dengan ini Majlis Bandaraya Pulau Pinang ingin memaklumkan penamatan Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd sebagai pengurus letak kereta berkuatkuasa mulai hari ini 16hb Januari 2018. Surat penamatan bertarikh 15hb Januari 2018 telahpun dihantar ke pejabat Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd pada 15hb Januari 2018.

Selaras dengan itu Majlis ingin menarik perhatian orangramai ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

1. Kupon Letak Kereta – Orang ramai yang memiliki kupon letak kereta yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd boleh menggunakan kupon tersebut sehingga 31 Disember 2018.

2. Penjual Kupon sediada yang masih memiliki stok kupon dari Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd dibenarkan untuk menjual stok tersebut sehingga 28 Februari 2018. Selepas tarikh ini kupon yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Alam Indah tidak dibenarkan dijual oleh mana mana pihak.

3. Penjual kupon boleh membuat pendaftaran dan mendapatkan stok kupon baru yang akan dibekalkan oleh MBPP mulai hari ini (Selasa) 16 Januari 2018 seperti berikut:-

Tempat : Pusat Bayaran Setempat, Jalan Padang Kota Lama
Jam : Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Hari : Isnin hingga Jumaat

Kupon yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan berada di pasaran secara berperingkat.

4. Orang ramai boleh juga membeli kupon letak kereta atau Pas Bulanan di kaunter MBPP seperti berikut:-

Tarikh : Mulai 16 Januari 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Tempat :
a. Kaunter MBPP, Paras 3,Komtar
b. Pusat BayaranSetempat, Jalan Padang Kota Lama
c. Pejabat SPICE (PISA)
d. Pejabat Balik Pulau

5. Pemegang Alatan Prabayar (SPG) yang masih mempunyai baki boleh menggunakannya sehingga 31 Disember 2018.

6. Pas bulanan boleh dibeli dengan harga RM150 sebulan dengan menyertakan salinan geran kenderaan selagi stok masih ada.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian 04-2592130 atau 04-2610182.

Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
16 Januari 2018