MENU

Dalam usaha meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan terhadap penerimaan aduan oleh orang awam, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini (26hb Oktober 2018) telah melancarkan saluran aduan menerusi aplikasi Whatsapps.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Bandar MBPP, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang sambil disaksikan oleh Setiausaha Bandaraya, Ir. Addnan Mohd Razali, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan.

Saluran aduan menerusi aplikasi Whatsapp ini boleh dilakukan di talian 016 200 4082 dengan menyatakan nama pengadu, lokasi dan gambar beserta butiran aduan secara terperinci.

Diharap saluran aduan ini akan memudahkan orang ramai menyampaikan aduan di bawah pentadbiran Majlis dan seterusnya menerima dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aduan yang disampaikan oleh setiap pengadu.