MENU

Adalah dimaklumkan bahawa sebahagian daripada Jalan Tun Sardon akan ditutup sementara bagi laluan kenderaan berdasarkan waktu dan tarikh berikut:-

Tarikh penutupan sebahagian jalan :
8 sehingga 11 Oktober 2018

Waktu penutupan jalan:
10.00 malam sehingga 5.00 pagi

Diharapkan para pengguna jalan raya akan sentiasa berhati-hati semasa melalui jalan tersebut dan mematuhi segala papan tanda arah serta keselamatan yang telah dipamerkan.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi JKR Barat Daya di talian 04-8669040.