MENU

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dgn kerjasama Persatuan Ving Tsun Pulau Pinang akan menganjurkan kelas mempertahankan diri khusus untuk golongan wanita.

Sebanyak 10 sesi akan diadakan mulai 10hb Mei 2018 bertempat di Pusat Belia Lebuh Acheh, George Town. Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti riadah di samping memperkenalkan asas seni mempertahankan diri kepada golongan wanita.

Program Local Agenda 21 (LA21) ini terbuka kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas (18 tahun ke-bawah perlu mendapatkan kebenaran waris). Pendaftaran adalah terhad dan mereka yang berminat boleh emel semula borang ke commservicesmbpp@gmail.com

Seni mempertahankan diri ini akan ditunjuk ajar dan diseliakan oleh Master Lam Ping Hung, Generasi Ketiga Warisan Sifu Ip Man.

Yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 (sekali sahaja) akan dikenakan bagi sepanjang tempoh kelas diadakan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr. Ooi di talian 012-2416666.

Borang dan syarat-syarat penyertaan boleh dimuat turun melalui pautan dibawah. Harap maklum.