MENU

ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTC) 2018-2020
SEMPENA ASEAN FORUM 2018, CHIANG MAI, THAILAND

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telahpun dianugerahkan Asean Clean Tourist City Standard (ACTC) kerana berjaya mematuhi kriteria-kriteria asas yang ditetapkan di bawah Asean Clean Tourist Standard 2017. Majlis Penyampaian Anugerah ini disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Mohamed  Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena ASEAN Tourism Forum 2018 yang diadakan di Chiang Mai, Thailand pada 26 Januari 2018.

Anugerah ini di terima oleh Yang Berbahagia Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau PInang di Majlis Penutupan ASEAN Tourism Forum 2018 di Chiang Mai Thailand.  Diatas pencapaian Anugerah ini, Yang Berbahagia Datuk Bandar ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua Warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang di atas sumbangan mereka sehingga memperolehi pengiktirafan yang berprestij ini.