MENU

Jabatan Khidmat Kemasyarakatan

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Mengadakan mesyuarat koordinasi tempahan dua (2) minggu sekali untuk memastikan aktiviti-aktiviti di balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam & rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya berjalan dengan lancar di samping mengadakan program komuniti satu kali dalam sebulan.

 

2.

Menghidupkan suasana taman melalui aktiviti-aktiviti rekreasi di Taman Perbandaran setiap minggu seperti senamrobik, taichi, memanah, ’line dance’, ’ballroom dancing’ dan zianggong sekurang-kurangnya 87 kali sebulan.

 

3.

Permohonan bagi tempahan balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam dan rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya akan diputuskan serta-merta dan permohonan secara surat-menyurat akan dijawab dalam tempoh masa satu (1) minggu hingga dua (2) minggu.

 

4.

Menyelenggara taman-taman awam dan rekreasi setiap hari.

 

5.

Menyelenggara padang bola sepak Stadium Bandaraya Pulau Pinang supaya memenuhi ’standard piawaian’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan Liga Super dan Liga Premier dengan memotong rumput dan membuat garisan sebanyak lapan (8) kali dalam sebulan.

 

6.

Permohonan untuk kelulusan Pelan Lanskap yang dikemukakan kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) akan diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.

 

7.

Perakuan bagi CCC akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

8.

Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh peneriman invois.

 

9.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.