MENU

Jabatan Kejuruteraan

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Permohonan bagi pelan-pelan Kejuruteraan yang melibatkan Pelan Parit dan Jalan, Pelan Lampu Jalan, Pelan Kerja Tanah akan diputuskan dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (80) hari dengan syarat semua dokumen dikemukakan dengan lengkap dan teratur dan mematuhi syarat-syarat Majlis.

 

2.

Perakuan bagi Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

 

3.

Kelulusan bagi permohonan Permit Menggali Jalan akan dikeluarkan dalam tempoh masa tujuh (7) hari tertakluk kepada semua syarat-syarat Jabatan dipatuhi.

 

4.

Ulasan/pandangan teknikal bagi Permohonan Kebenaran Merancang dan Pecah Sempadan dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari.

 

5.

Ulasan/pandangan teknikal bagi Permohonan Pelan Bangunan dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari bagi permohonan secara serentak dan tujuh (7) hari bagi permohonan biasa.

 

6.

Ulasan/pandangan teknikal bagi Permohonan Kerja Cerucuk dan Tukarguna Bangunan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

7.

Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

 

8.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.