MENU

Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perlesenan

Bahagian Kesihatan Awam

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Tindakan-tindakan untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit yang berkesan akan dijalankan lima (5) hari seminggu.

 

2.

Tindakan-tindakan untuk tujuan kawalan wabak akan digerakkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam apabila dilandai wabak.

 

3.

Tindakan pemeriksaan untuk tujuan pengawalan kebersihan premis makanan akan dijalankan tiga puluh (30) premis sebulan.

 

4.

Memupuk kesedaran dan mengubah sikap masyarakat ke arah nilai-nilai positif terhadap kesihatan awam melalui ceramah sebanyak dua puluh (20) kali sebulan dan pameran sebanyak dua (2) kali sebulan.

 

5.

Semua proses penyembelihan haiwan dan pemeriksaan daging di Rumah Sembelih Majlis akan dijalankan dalam tempoh dua (2) jam.

 

6.

Semua permit sembelih (Lesen Khas) akan dikeluarkan dengan serta-merta selepas permohonan diterima.

 

7.

Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

8.

Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh peneriman invois.

 

9.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

 

 

Bahagian Pelesenan

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Permohonan lesen establisymen makanan, iklan tempat hiburan awam, garaj, tred, perniagaan dan perindustrian diputuskan dalam tempoh lapan (8) minggu tertakluk kepada syarat-syarat dipatuhi.

 

2.

Permohonan lesen gerai sementara/gerai bermusim diluluskan dan lesen dikeluarkan dalam satu (1) hari.

 

3.

Permohonan lesen ”banner/streamers” diputuskan dalam tempoh empat (4) hari bekerja dan lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

 

4.

Permohonan lesen anjing dengan serta-merta.

 

5.

Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

6.

Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

 

7.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.