MENU

Jabatan Perbendaharaan

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Bil-bil cukai taksiran disediakan dan disampaikan melalui pos kepada setiap pembayar cukai taksiran dua (2) kali setahun iaitu 10 Januari dan 10 Julai.

 

2.

Bil-bil Notis Cukai Taksiran disediakan dan disampaikan melalui pos kepada pembayar-pembayar Cukai Taksiran dua (2) kali setahun, iaitu sebelum 10 April dan 10 Oktober.

 

3.

Masa menunggu untuk membayar bil-bil di kaunter kasyer adalah dihadkan selama dua puluh (20) minit bagi masa sibuk dan sepuluh (10) minit bagi masa kurang sibuk.

 

4.

Bayaran kepada pembekal dan kontraktor Majlis akan diproses dan cek akan disiap dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh sesuatu invois diterima dengan lengkap dari Jabatan untuk pembayaran.

 

5.

Pemeriksaan ke atas meter tempat letak kereta dan papan tanda tempat letak kereta dilakukan sebanyak empat (4) kali sebulan (meter).

 

6.

Pemeriksaan ke atas petak kereta dilakukan sebanyak dua (2) kali sebulan (tiket).

 

7.

Penyediaan Akaun Tahunan dimuktamadkan pada bulan Mac tahun berikut.

 

8.

Menyediakan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

9.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.