Komited memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi standard kualiti dan piagam pelanggan yang ditetapkan. Objektif kami ialah untuk:
- Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui amalan urustadbir baik dan mengutamakan satu perkhidmatan, satu penyampaian dan ‘No Wrong Door Policy’.
- Merancang dan melaksanakan pembangunan yang seimbang dan memelihara alam sekitar yang berkualiti.
- Memperkukuhkan pulau sebagai hub ekonomi yang dinamik selaras dengan pembangunan NCER dalam konteks wilayah utara dan antarabangsa.
- Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam yang berkualiti, perkhidmatan masyarakat yang vibrant dan persekitaran yang bersih dan indah.
- Meningkatkan budaya hidup berkualiti, memulihara warisan dan menggalakkan penglibatan komuniti untuk mencapai pembangunan masa depan.