MENU

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO' Ar. YEW TUNG SEANG DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG DI UPACARA PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG PADA 7 JANUARI 2021


Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato' Abdul Razak bin Jaafar
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh
Pengerusi  Majlis  Mesyuarat  Kerajaan  (MMK)  Perumahan,  Kerajaan Tempatan, dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang

Yang Berhormat-Yang Berhormat
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat-Yang Berhormat
Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Ahli-Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Yang Berusaha Dato' Ir. Addnan b. Mohd. Razali
Setiausaha Bandaraya 

Ketua-ketua Jabatan

Rakan-Rakan Media

Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Salam sejahtera dan selamat pagi. Masih tidak lewat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua. Sebelum memulakan ucapan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang yang hadir pada pagi ini untuk menyempurnakan Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis bagi tahun 2021.

Bagi pihak warga MBPP, saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik dan selamat datang kepada Ahli-Ahli Majlis yang baru menyertai keluarga besar MBPP pada tahun ini.

Di kesempatan ini, saya menzahirkan terima kasih kepada semua mantan Ahli Majlis yang telah bertungkus lumus dan berkhidmat dengan sepenuh hati sepanjang tempoh perkhidmatan yang menyumbang kepada pencapaian MBPP yang amat membanggakan bagi tahun 2020, terutamanya dalam usaha MBPP dalam membina sebuah bandaraya yang mampan dan pintar (sustainable and smart city) selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang juga seiring dengan visi Penang2030 Kerajaan Negeri untuk memwujudkan A Family-Focused Green and Smart State that Inspires the Nation.

Pada tahun 2021, MBPP akan meneruskan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik (best services) kepada warga Pulau Pinang dan memastikan amalan terbaik (best practices) Majlis dapat diperkasakan berteraskan kepada lima domain utama MBPP iaitu:

a) Smart e-Governance (Urus Tadbir Pintar)

b) Smart Environment (Persekitaran Pintar)

c) Smart Mobility (Mobiliti Pintar)

d) Smart Economy (Ekonomi Pintar)

e) Smart Social (Komuniti Pintar)

Pada masa yang sama, kami akan terus menerajui dan mempercepatkan pelan transformasi Majlis untuk menjadikan kawasan pentadbiran MBPP (bahagian Pulau, Pulau Pinang) sebuah bandaraya rendah karbon yang mampan dan pintar (Low Carbon Liveable and Smart City) untuk generasi yang akan datang.

Selain daripada lima domain utama, MBPP akan memberi fokus khas kepada:

a) Pengurusan Sisa (Waste Management)

b) Bandaraya Rendah Karbon (Low Carbon City)

c) Keselamatan Bandaraya (City’s Safety)

YAB Ketua Menteri dan hadirin sekalian,

a) Pengurusan Sisa (Waste Management)

Bagi menangani masalah pengurusan sisa, MBPP telah membangunkan Integrated Solid Waste Management Plan (ISWMP) yang merupakan satu sistem pengurusan sisa yang lebih efektif dan holistik. Selain itu, MBPP turut akan memberi tumpuan kepada program Waste-to-Energy di mana kami berharap agar program ini dapat berjaya dan sejurusnya mengurangkan sisa-sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

b) Bandaraya Rendah Karbon (Low Carbon City)

Perubahan iklim dan pemanasan global telah meninggalkan impak yang besar kepada  dunia  indan langkah-langkah  perlu  diambil  untuk melambatkan pemasalahan ini dan mengurangkan kesan yang dibawa kepada kita. Untuk memastikan kelestarian bandaraya kita, MBPP akan memberi fokus kepada pelaksanaan Nature-based Climate Adaptation Plan (Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi) di antaranya adalah dengan menanam lebih banyak pokok-pokok di kawasan Pulau untuk merendahkan suhu di bandaraya ini. Selain itu, MBPP juga akan menerokai projek Smart Mapping for Smart City Planning di mana 3D mapping dan PiMap digunakan untuk membantu Majlis dalam membuat rancangan dan keputusan yang betul yang dapat memanfaatkan warga Pulau Pinang. MBPP juga akan terus memperkasakan lagi inisiatif pembayaran tanpa tunai untuk mewujudkan Cashless Community di Pulau Pinang.

c) Keselamatan Bandaraya (City’s Safety)

Bandaraya yang sesuai didiami mestilah sebuah bandaraya yang selamat. Our city has to be safe! Oleh itu, MBPP akan mempertingkatkan fungsi dan mengoptimumkan penggunaan lebih kurang 1,000 CCTV sedia ada untuk memantau aktiviti-aktiviti yang berlangsung dalam bandaraya kita  dan  memastikan bandaraya ini  adalah  sentiasa  selamat.  Untuk mengelakkan masalah sosial yang disebabkan oleh tekanan ekonomi, MBPP turut memperkenalkan Smart Economy di mana rakyat Pulau Pinang diberikan peluang yang lebih banyak dan senang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Bagi mencungkil bakat golongan muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik, MBPP akan memperkasakan program STEAM seperti MakerSpace@Balik Pulau.

Hadirin sekalian,

Penularan pandemik Covid-19 telah menuntut perubahan besar dalam kehidupan harian kita malah mendesak kita untuk mengharungi perubahan ini  dengan mengadaptasikan norma baharu. MBPP telah mengoptimumkan penggunaan teknologi (ICT) supaya perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat.

MBPP bersama dengan Kerajaan Negeri, Invest Penang dan The National Tech  Association of  Malaysia (PIKOM) telah  menganjurkan TECHFEST Live! ft. ROAD-TO-WCIT Malaysia yang merupakan acara bertaraf antarabangsa dengan berjayanya pada bulan November yang lalu.

MBPP akan sekali lagi menganjurkan acara TECHFEST featuring WCIT Malaysia yang dijangka akan diadakan pada bulan September tahun ini, serta acara World Congress on Information Technology (WCIT) pada tahun  depan  (2022).  Acara-acara  ICT  ini  akan  mempersembahkan amalan-amalan terbak teknologi dan  inovasi terbaru kepada peserta tempatan dan nasional, serta mereka yang menyertai dari mana-mana negara lain.

Untuk memperkasakan lagi penggunaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan Majlis dan menggariskan pelan tindakan ICT yang berimpak tinggi, satu Digital ICT Transformation Plan (Pelan Transformasi Digital ICT) telah dibangunkan pada tahun lepas. MBPP akan mula menggunapakai pelan tersebut dan menubuhkan Smart City Transformation Management Office  (SCTMO)  peringkat  MBPP  pada tahun ini sebagai langkah untuk mencapat matlamat kami untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah Intelligent, Liveable and Happy (ILHam) City.

Untuk merealisasikan matlamat kami, warga MBPP perlu sentiasa memastikan kami mempunyai smart governance dengan memperkukuhkan penggunaan Big Data Analytics (BDA) untuk mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti semasa memberikan perkhidmatan kami.

Penularan Covid-19 memberi impak dan cabaran kepada MBPP dari segi kewangan. Bagi membolehkan MBPP terus maju ke hadapan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat masih berkualiti dan tidak tergendala, semua projek dan program yang dilaksanakan oleh MBPP perlulah memberi kesan yang terbaik berlandaskan kepada prinsip “Low Investment, High Impact”.

Saya berharap agar semua Ahli Majlis, sama ada Ahli Majlis lama mahupun baru dapat bekerjasama dan berganding bahu dengan semua warga  MBPP  untuk  memberikan perkhidmatan yang  terbaik  kepada rakyat Pulau Pinang dan membina sebuah Low Carbon Liveable and Smart City yang sesuai untuk didiami, bekerja, belajar dan beriadah (A place To Live, To Work, To Learn, and To Play) bagi kita sendiri dan juga generasi yang akan datang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan kata-kata ini, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik bagi tahun 2021.

Saya sudahi ucapan dengan serangkap pantun:

Tanam Meranti Di Taman Rimba
Daunnya Lebat Merimbun Dahan
Kualiti Hidup Matlamat Bandaraya
Untuk Manfaat Generasi Kemudian

Duduk Berehat Di Atas Pangkin
Sambil Menjamu Laksa Utara
Warga Proaktif Jadi Pemangkin
Bandar Selesa, Selamat dan Sejahtera

 

Sekian, terima kasih.