SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, LINTANG BUKIT PENARA 1 (BERHADAPAN PASAR BALIK PULAU), PULAU PINANG. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di di sebahagian jalan khidmat, Lintang Bukit Penara 1 (berhadapan Pasar Balik Pulau) bermula dari 22 Disember 2021 (Hari Rabu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan. yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Jalan khidmat, Lintang Bukit Penara Sehala Dengan arah aliran dari laluan keluar/masuk pasar di bahagian selatan menuju ke laluan keluar/ masuk pasar di bahagian utara Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 9 Disember 2021
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, LINTANG BUKIT PENARA 1(BERHADAPAN PASAR BALIK PULAU), PULAU PINANG