SIARAN AKHBAR PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SOLOK PERAK, PULAU PINANG Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di Solok Perak , Pulau Pinang bermula dari 15 Oktober 2021 (Hari Jumaat) bermula jam 11.00 malam seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Solok Perak Sehala Dari Jalan Perak ke Jalan Jelutong Penukaran arah aliran lalulintas sehala 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 4 Oktober 2021
PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SOLOK PERAK, PULAU PINANG